PPC Iklan Blogger Indonesia

Jumat, 14 Januari 2011

Apa Sudah Jadi Pada Dunia Ini?


Kepesongan kemanusiaan di dalam era globalisasi moden ini begitu tersusun dek perancangan musuh-musuh Islam sehinggakan manusia tidak lagi sedar siapa yang benar dan siapa yang salah. Masakan manusia yang kononnya bertamadun ini boleh masih berdebat samada Israel laknatullah itu boleh dihadapkan ke tribunal jenayah perang antarabangsa sedangkan dunia dan seluruh penghuni di langit menyaksikan sendiri betapa kejamnya bangsa pengecut Yahudi membunuh rakus lebih 1,400 orang awam dan tentera Islam Palestin awal 2009 ini yang mempertahankan bumi mereka sendiri dengan senjata-senjata ringan.
Apa sudah jadi pada dunia ini?
Kata Pengerusi Biro HALUAN Palestin, Tuan Haji Noorazman Mohd Shamsuddin, masanya sudah sampai untuk kita semua bergegas mencari hidayah Allah, kerana petanda akhir zaman sudah ada di mana manusia tidak lagi kenal kebatilan bila kebatilan itu lalu di depan batang hidungnya sendiri. Di kuliah maghrib menjelang Ramadhan di Masjid An-Naim, Jalan Kebun, Shah Alam pada awal bulan Ogos, Haji Noorazman mengajak hadirin kuliah untuk mula menjejaki majlis-majlis ilmu agama.
“Carilah majlis sedemikian. Duduklah bersama orang-orang yang soleh dan jadikan mereka rakan karib kita. Mudah-mudahan dengan itu, kita akan dapat memahami proses didikan Rasul SAW di mana tarbiyah Islamiyah telah berjaya menjadikan manusia biasa jadi luarbiasa kerana iman yang terbina di atas asas yang betul. Kita hendaklah masuk ke dalam fasa di mana kita sanggup diislahkan ataupun diperbetulkan diri ini agar terbentuk akhlak dan iman yang tulen di sisi Allah SWT. Barulah doa-doa kita akan dimakbulkan,” katanya.
Pesannya lagi, kita mestilah mengutamakan barakah di dalam kehidupan dengan menjauhi perbuatan-perbuatan haram, maksiat dan dosa. Kita perlu lebih sayangkan Allah SWT daripada menyayangi dosa-dosa kita. Kita perlu memelihara keluarga kita daripada unsur-unsur yang boleh menjemput jilatan api neraka yang maha panas dan menyakitkan.
”Akhir sekali, bertaubatlah kepada Allah. Kita ini selagi manusia tidak sunyi daripada melakukan dosa baik kecil ataupun besar. Selagi mana dosa-dosa kita tidak terangkat, selagi itulah kita akan menjemput bala’ daripada Allah SWT. Ummat Islam Palestin berjuang bermati-matian bukan kerana semata-mata cintakan tanahair mereka. Tetapi mereka berjuang kerana mereka sedar mereka merupakan benteng terakhir ummat Islam. Kalau Palestin boleh kalah, semua ummat Islam di negara manapun akan boleh terus diganyang oleh Israel. Mereka mempertahankan bumi Palestin untuk kita sebenarnya. Dalam keadaan begitupun, orang Palestin tidak berhenti bermunajat dan bertaubat kepada Allah SWT. Kita, bagaimana?,” ujar beliau.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

morzing.com dunia humor dan amazing!