PPC Iklan Blogger Indonesia

Jumat, 14 Januari 2011

Memperkasa Kaum Muslimin

Pada suatu masa yang telah lampau, kaum Muslimin pernah tampil sebagai pimpinan dunia, memimpin semua manusia dengan iman dan Al-Quran, memimpin dengan ilmu dan kebajikan, berkuasa secara adil, diberi kepercayaan dan melaksanakannya, sehingga mereka benar-benar sebagai penunjuk kebaikan dan penyeru kebenaran. Mereka pergi ke segenap penjuru dunia. Al-Quran berada di satu tangan dan dan pedang di tangan satu lagi. Mereka tidak memaksa seorang pun untuk masuk Islam, tetapi mereka membenarkan yang benar dan membatilkan yang batil. Mereka berdiri di samping yang lemah untuk menghadapi yang kuat, berdiri bersama orang yang dizalimi untuk menghadapi orang yang menzaliminya.
Mereka juga mempunyai peradaban yang hebat, memadukan antara ilmu dan keyakinan, hingga dunia dikait dengan langit, dunia dihubungkan dengan akhirat, akal menyatu dengan hati, hak individu dengan kesejahteraan masyarakat.
Buku-buku karangan orang-orang Muslim dipelajari di berbagai pengajian tinggi di seluruh dunia, nama para pakar Muslim menjadi nama-nama yang popular di dunia dan bahasa arab menjadi bahasa ilmu di seluruh pelosok dunia. Kehebatan umat Islam boleh dilihat dari ketinggian gagasan salah seorang khalifah (Harun Ar-Rasyid). Suatu hari dia melihat awan di langit lalu berkata, “Di Timur mahupun di Barat, akan datang hasil yang akan masuk ke Baitulmal milik kaum Muslimin.”
Begitulah umat kita pada zaman dahulu, dan tiba masa kini. Bumi terus berputar, dan kini kita berada di belakang, dan yang dulunya kita berada di depan. Kini kita berada di belakang umat-umat lain, padahal dululah kita yang memegang bidang kafilah. Kini kita disebut sebagai negara ketiga atau negara berkembang, sebuah istilah lain yang digelar bagi negara mundur.
Tidak cukup sampai di sini saja. Semua kekuatan terarah kepada kita, untuk merampas, dan mengalahkan kita, sehingga kita menjadi santapan orang-orang yang rakus, baik dari Barat ataupun Timur.
Semua kekuatan dengan segala coraknya diarahkan kepada kita. Kerana kita sudah dianggap sebagai musuh, maka semua kekuatan itu bersatu. Inilah yang diisyaratkan para fuqaha kita sejak dahulu, bahawa semua kekufuran itu mempunyai satu jalan. Bahkan itu pula yang difirmankan Allah,
 “Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (para Muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Al- Anfal: 73)
Semua golongan yang kafir bersatu untuk menyerang kita. Ada golongan  komunis yang tidak percaya kepada Allah, wahyu, hari akhirat, dan agama dari langit. Mereka berkata, “Tidak benar jika Allah yang menciptakan manusia. Yang benar, manusialah yang menciptakan Tuhan.” Allah Maha Tinggi dari apa yang dikatakan orang-orang yang berbuat zalim.
Golongan ini tidak cukup hanya menyerang kita dari dalam. Tetapi mereka juga menyerang kita dari luar, menyerang kita dengan menggunakan kekuatan senjata. Pasukan mereka menceroboh negara Islam dan hingga kini masih meninggalkan sisa-sisa peperangan seperti yang terjadi di Afghanistan.
Ada pula golongan Yahudi yang dulunya hidup bertaburan di seluruh dunia. Mereka tidak mendapat tempat kecuali di negara Islam, di bawah naungan negara Islam. Mereka hidup damai dan tenang, boleh mencari kehidupan dan mendapat kekayaan serta kedudukan. Tapi kemudian mereka berpaling dari orang-orang Muslim dan tidak rela kecuali memperoleh negara yang berdaulat di negara-negara Arab dan Islam.
Akhirnya orang-orang Israel sepakat merampas bumi kita dan mendirikan sebuah negara berdaulat yang berasaskan agama. Oleh kerana itu, negara mereka dinamakan negara Israel.
Maka orang-orang Yahudi yang tadinya bertaburan di berbagai tempat datang ke sana. Tidak ada yang membuat mereka bersatu kecuali agama, Taurat, mimpi-mimpi dan pengkhabaran yang terdapat dalam kitab-kitab mereka. Tidak cukup sampai di sini saja. Mereka tidak hanya cukup mendirikan negara berdaulat dengan cara mengusir para penduduk asal dari tempatnya, lalu mereka menggantikannya, tetapi mereka juga terus merampas tanha-tanah yang lain. Ketamakan demi ketamakan seakan tidak pernah habis. Kita boleh melihat tulisan seorang pemikir Perancis yang telah mendapat petunjuk Allah untuk masuk Islam, Roger Geraudy, yang kemudian dimuatkan berbagai media massa di Kaherah dan Kuwait, tentang mimpi-mimpi dan kebatilan para Zionis Yahudi. Ternyata mereka masih mempunyai perancangan lain. Mereka sudah mengumumkan, bahawa kerajaan Israel harus menguasai dari Sungai Furat (Iraq) hingga ke Nil (Mesir). Mereka pun merancang langkah dengan memecah belah negara-negara Arab di sekitarnya, agar mereka boleh merasa tenang jika negara-negara arab tidak lagi mampu menunjukkan kewujudannya. Mereka berharap dapat memecah belah Syria dan Mesir. Mereka ingin mendirikan negara Nasrani di dataran tinggi Golan. Bahkan negara-negara Teluk pun sudah masuk dalam agenda mereka. Anda jangan berkata, bahawa semua itu angan-angan dan mimpi. Berapa banyak angan-angan yang boleh menjadi kenyataan, dan akhirnya kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Orang-orang Yahudi merupakan manusia paling kedekut, memerangi berbagai negara dan memperoleh kemenangan. Untuk itu mereka rela mengeluarkan wang yang berjuta-juta. Itulah yang terjadi wahai saudara-saudaraku.
Ada pula golongan Nasrani yang selalu berusaha menyebarkan agamanya di seluruh dunia, di tempat manapun, termasuk masyarakat Islam. Mereka ada di belakang negara-negara kuat di seluruh dunia dan memiliki pasukan yang menyebar di mana-mana, terdiri dari para pendeta, siap mengkristiankan orang-orang Islam di dunia.
Di Indonesia sebuah negara Islam yang paling besar, tidak kurang dari 50 lapangan terbang selalu menerima kedatangan para pendakyah Kristian. Dalam rancangan mereka tidak kurang dari 50 tahun negara ini harus berubah menjadi negara Kristian.
Di Nigeria kita melihat orang-orang Muslim meninggalkan agamanya, terutama orang-orang miskin dan anak yatim piatu yang tidak mendapat pembelaan. Di Somalia, tidak kurang dari 30 ribu anak-anak terlantar kerana orang tuanya meninggal dunia ketika peperangan ataupun bencana. Lalu ada seorang jutawan beragama Katolik yang menanggung mereka. Apakah jutawan Katolik ini menanggung mereka kerana Allah? Apakah dia mendidik anak-anak yatim itu berdasarkan akidah mereka? Adakah di antara kita yang merasa tersentuh hatinya lalu berkata, “Aku akan menanggung mereka?” Siapakah yang bertanggungjawab terhadap mereka? Dosa anak-anak yang belum tahu apa-apa itu di bahu kita.
Di samping orang-orang Katolik golongan Kristian (Protestan) juga tidak diam begitu sahaja. Pada tahun 1978, 150 pendakyah Amerika berkumpul di Colorado, Amerika untuk membahas keadaan orang-orang Muslim, yang di dalamnya mereka membicarakan 40 agenda. Mereka juga membuat ketetapan untuk mengkristiankan orang-orang Muslim di dunia, dengan penyediaan dana sebanyak 1 juta dolar. Ini bukan masalah yang remeh, kerana apa yang mereka cetuskan itu sudah sering ditulis di berbagai buku, yang juga dibaca orang-orang Muslim dan dimuat di media massa. Kita tidak boleh mencela orang-orang Nasrani itu, kerana semangat mereka menyebarkan agama mereka. Tapi, kita harus mencela diri sendiri, kerana kita malas menyebarkan agama kita, bahkan kita malas untuk membela keperibadian kita sendiri, sehingga orang-orang Muslim dikalahkan dari segala aspek. Maka tidak hairanlah jika jumlah mereka berkurang, tanah mereka dirampas, kehormatan mereka dipijak-pijak dan anak-anak mereka dikristiankan.
Ada juga golongan yang tidak mempercayai agama utama seperti Islam, Kristian atau Yahudi yang memerangi kita. Kita pernah mendengar berita bahawa beribu-ribu orang Islam pernah diseksa di wilayah Asam di India. Apa dosa mereka? Kerana mereka mengucapkan La ilaha illAllah dan tidak mahu menyembah lembu. Apa dosa mereka sehingga diseksa sama seperti binatang? Anehnya orang-orang yang menyeksa mereka itu tidak pernah membunuh binatang. Sebab menurut keyakinan mereka, setiap yang mempunyai nyawa tidak boleh dibunuh.
Mereka membiarkan tikus-tikus memakan gandum dan tanpa membunuhnya kerana tikus itu adalah binatang yang bernyawa hatta nyamuk sekalipun tidak dibunuhnya. Hanya darah orang Muslim yang boleh ditumpahkan oleh mereka.
Darah orang Muslim adalah darah yang paling mulia di dunia. Orang-orang Muslim dibunuh dan diseksa di setiap tempat, dan tidak seorang pun yang menolong mererka. Inilah yang sebenarnya terjadi? Lalu di manakah berjuta-juta orang Muslim lainnya? Padahal mereka ada di mana-mana. Mengapa mereka tidak saling bantu-membantu.
Seseorang yang pernah mempelajari Islam merasa kagum terhadap ajarannya, lalu dia berkata, “Amat hebat suatu agama jika ia mempunyai para penganutnya.” Lalu di manakah mereka? Bukankah mereka pendokong Islam? Manakah orang-orang yang menisbahkan dirinya dengan Islam? Siapa yang tidak memerhatikan urusan orang-orang Muslim, maka dia tidak termasuk golongan mereka. Di mana mereka menempatkan diri di hadapan firman Allah, “Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara?” Dimana mereka meletakkan diri di hadapan firman Allah, “Orang-orang Mukmin lelaki dan wanita, sebahagian di antara mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain?” Di mana mereka meletakkan diri di hadapan sabda Nabi Shallallhu Alaihi wa Sallam, “ Orang Muslim itu bersaudara dengan Muslim yang lain, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya?”
Kalau tidak kerana disibukkan urusan peribadi, maka seorang Muslim pada zaman sekarang acuh tak acuh terhadap penderitaan kaum Muslimin. Perhatiannya menuju kepada urusan yang tidak penting dan perancangan dicetuskan walaupun dengan masalah yang tidak penting dalam agama. Dibiarkan umat yang penuh dengan penderitaan dan tewas dalam peperangan tanpa melakukan sebarang tindakan.
Ada pula orang Muslim yang menyedari penderitaan yang dialami kaumnya, tetapi dia sudah putus asa. Jika senjata diberikan kepadanya, maka dia berkata, “Tidak perlu. Tidak ada gunanya berjuang. Pasti kita akan alami kekalahan. Padahal perkataan seperti ini tidak seiring dengan iman. Firman Allah,
“Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Yusuf:87).
“Ibrahim berkata, ‘Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabbnya kecuali orang-orang yang sesat’.” (Al-Hijr:56).
Memang ada orang-orang Muslim yang tidak hanya berdiam diri. Tetapi mereka merosakkan barisan, melemahkan semangat dan menyebarkan fitnah, sehingga apinya membakar sesiapa pun.
Sebenarnya orang-orang Muslim mampu menjaga diri mereka, mampu memiliki kedudukan di bawah matahari ini dan mampu menjadi umat yang kuat seperti yang dikehendaki Allah, sebagai ummatan wasatan, kerana mereka mempunyai potensi yang boleh dipercayai. Mereka mempunyai jumlah yang banyak. Sehingga dengan jumlah yang banyak ini mereka juga boleh berbuat lebih banyak lagi asalkan ada orang yang menggerakkan dan membakar semangat mereka. J
umlah yang banyak itu sendiri sudah merupakan nikmat. Firman-Nya,
 “Dan ingatlah pada waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit, lalu Dia membanyakkan kamu.” (Al-A’raf: 86)
Kaum Muslimin juga mempunyai kekayaan alam yang tersimpan di dasar bumi dan kekayaan yang terhampar di permukaan tanah. Kita memiliki tempat-tempat yang strategik dan berkeupayaan untuk berkembang. Yang lebih penting dari semua itu, kita memiliki kekuatan rohani, kerana hanya kitalah satu-satunya umat yang memiliki wahyu, utusan Muhammad s.a.w yang diutus Allah s.w.t untuk menyelamatkan dunia dan menjadi rahmat bagi seluruh alam. Kita memiliki wahyu yang menyeluruh dan seimbang, yang mampu mengubati segala penyakit dunia, sementara agama lain  tidak mampu melakukannya.
Selama ini ada halangan di sekeliling orang-orang Muslim. Setiap orang memandang Islam dari kehidupan orang-orang Muslim, lalu mereka berkata, “Manakah pengaruh Islam terhadap diri mereka?”
Kita memiliki satu-satunya wahyu dari langit yang diturunkan ke bumi, yang di dalamnya tidak terdapat penyelewangan atau penyimpangan. Kita memiliki Al-Quran yang tidak ada kebatilan pada saat turunnya mahupun sesudahnya. Kita memiliki warisan peradaban yang ukuh, terbentang selama 14 abad. Dulu kita memiliki kekuatan dan potensi yang layak menempatkan kita di barian depan dan sebagai pemimpin. Tetapi kini kita lalai, berpecah belah dan semakin jauh. Bilakah kita kembali ke agama kita, berpegang teguh kepada talinya, mengikuti jalannya dan jalan Rasulullah s.a.w.?
Hanya Islamlah satu-satunya yang boleh menjadi bahtera penyelamat. Andaikata kita menyedari dan memahami Islam dengan sebenar-benarnya seperti yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya, seperti yang difahami para sahabat dan tabi’in, tentu hasilnya akan lain.
Yang kami maksudkan adalah Islam yang benar, Islam yang menyeluruh tanpa ada pemilihan, Islam yang murni tanpa pengurangan dan pertambahan. Kita ingin kembali kepada Islam yang seperti ini. Jika hal ini terjadi, nescaya kita akan kembali boleh memegang dunia. Kita ingin Islam memiliki satu daulah yang kukuh dan diperhitungkan sebelum hari kiamat. Kita menunggu saat cahaya Islam bersinar di setiap penjuru, sehingga pada saat itu kita boleh mengibarkan bendera Islam di seluruh angkasa. Kita menuggu-nunggu saat seperti itu.
“Dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengurus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.” (At-Taubah:32-33).
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sentiasa ada golongan dari umatku yang melaksanakan perintah Allah. Mereka tidak boleh diberi kesusahan oleh orang-orang yang hendak melantarkan mereka dan menentang mereka, hingga datang urusan Allah dan mereka unggul atas manusia.” (Diriwayatkan Asy- Syaikhany Ahmad)
Syarahan Prof. Yusuf al Qaradawi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

morzing.com dunia humor dan amazing!