
PERANG PSIKOLOGI (PEMIKIRAN)
(الغزو الفكري)
Pengertian
Perang psikologi atau pemikiran ialah serangan kepada pemikiran secara berterusan kepada umat Islam yang dibuat secara tersusun, sistematik, teratur dan terancang dengan baik yang dilakukan oleh bangsa yang kuat terhadap umat yang lemah untuk mengubah peribadinya sehingga menjadi umat pengikut umat yang kuat itu. Gerakan perang pemikiran ini digunakan bagi memerangi dan meragukan akidah serta kepercayaan umat Islam terhadap agama Islam.Musuh Islam selalu bergerak untuk menghancurkan Islam dan memadamkan cahayanya dengan pelbagai cara. Perang pemikiran adalah satu usaha untuk memadamkan cahaya Islam dalam diri umat Islam dan ini ternyata telah berjaya menampakkan hasilnya apabila umat Islam semakin hari semakin mengamalkan gaya hidup orang kafir. Gaya hidup ini dikaburi dengan nama Modern Society. Fahaman moden dan cinta kepada kebendaan serta hidup bermewah-mewah telah meresap masuk ke dalam jiwa orang Islam yang menyebabkan mereka berasa tidak yakin untuk mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslim.
Sebab penyebaran
Di sini dinyatakan beberapa sebab kepada penyebaran perang pemikiran:- Musuh Islam mengakui bahawa umat Islam tidak dapat dikalahkan dengan menggunakan senjata. Mereka merujuk kepada kekalahan mereka pada peperangan salib yang ketika itu tentera Islam dipimpin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi.
- Islam adalah agama yang mempunyai akidah yang sahih dan ajaran yang benar. Ajaran Islam menitikberatkan Tauhid kepada Allah, perpaduan, kasih sayang dan persaudaraan serta keadilan. Maka di sini, tidak ada peluang bagi sesuatu bangsa untuk menguasai bangsa lain.
- Perancangan jahat musuh Islam untuk merampas pemerintahan dunia tidak akan tercapai selagi Islam bertapak di hati umat Islam. Oleh itu, cara terbaik bagi melemahkan Islam dalam jiwa umat Islam ialah dengan melalui perang pemikiran.
Bahaya gerakan dan perancangan
Gerakan Perang Pemikiran adalah gerakan yang memberi kesan yang sangat bahaya kepada umat Islam. Ini kerana:- Gerakan ini adalah gerakan yang mempunyai niat menghancurkan dan melemahkan Islam dalam jiwa umat Islam.
- Perang pemikiran ialah cara penjajahan bagi memusnahkan umat Islam secara halus.
- Serangan ini adalah serangan terhadap Islam dan umat Islam secara berterusan, bertubi-tubi dan tiada akhirnya. Serangan yang dibuat adalah secara komprehensif dan holistik serta tidak memakan masa yang pendek bahkan menjangkau ratusan atau ribuan tahun.
- Menggunakan Gerakan Orientalism, Missionnary, Zionist Antarabangsa dan lain-lain sebagai penyebar utama serangan ini.
- Usaha mengubah sistem kehidupan umat Islam yang telah diatur oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran dengan menyebarkan fahaman modernism dan secularism.
- Menubuhkan dan membantu penubuhan ajaran-ajaran sesat dan songsang atas nama Islam di tengah-tengah kelemahan akidah umat Islam seperti gerakan Qadiyaniyah, Babiyah dan Baha’iyyah.
Kaedah yang digunakan bagi memerangi pemikiran umat Islam
Antara kaedah yang digunakan oleh musuh Islam bagi merosakkan dan menumbangkan pemikiran serta akidah umat Islam ialah:1. Meragu-ragukan umat Islam ( حرب الشبهات ).
Serangan ini bermaksud: Perang pemikiran yang digunakan bagi menimbulkan perasaan was-was dan tidak yakin terhadap akidah Islam dan ajaran Islam dengan menyebarkan cerita-cerita palsu dan bohong, fitnah kepada Islam dan pemesongan sejarah Islam.
Antaranya keraguan yang ditimbulkan ialah:
- Keraguan terhadap penurunan wahyu daripada Allah Ta’ala di mana mereka mengatakan bahawa wahyu itu hanyalah rekaan daripada Rasulullah S.A.W yang bijak mengatur kata-kata!
- Keraguan terhadap kenabian Rasulullah S.A.W yang telah diberikan oleh Allah dengan mengatakan bahawa baginda hanyalah seorang yang bijak dan mahu menjadi ketua kepada bangsa Arab dan bangsa lain.
- Agama Islam diambil daripada agama Yahudi dan Nasrani. Mereka mengatakan Rasulullah S.A.W mencampur ajaran Yahudi dan Nasrani maka terbentuklah agama Islam.
- Agama Islam adalah agama bangsa Arab, hanya sesuai dengan suasana padang pasir dan tamadunArab sahaja.
- Jihad dalam Islam adalah disebabkan kefakiran dan kemiskinan serta kelemahan ekonomi umat Islam.
- Islam disebarkan melalui peperangan, bukan atas sebab kasih sayang dan melepaskan masyarakat yang dizalimi. Mereka mengatakan selepas Islam memerintah, masyarakat yang dizalimi memeluk Islam.
- Islam agama yang mundur dan tidak berkembang serta tidak sesuai pada zaman moden ini lagi.
- Umat Islam mundur dan terkebelakang serta menjadi malas kerana akidah Qada’ dan Qadar. Jika mereka meninggalkan akidah ini, pasti mereka maju.
- Wanita dalam Islam adalah hamba, hina, tidak berharga dan tidak dihormati.
- Islam menekankan umatnya supaya beribadah di masjid sahaja. Ini menghalang kemajuan umat. Mereka merujuk kepada apa yang telah berlaku selepas masyarakat Eropah membebaskan diri mereka daripada gereja, mereka menjadi bangsa yang maju dan berkembang.
- Menyediakan pangkat dan peluang pekerjaan kepada anak-anak umat Islam yang menyokong idea barat dengan syarat segala urusan menggunakan kaedah bukan Islam.
- Menggalakkan pengajian di negara barat bagi tujuan mengubah akhlak dan merosakkan pemikiran belia-belia Islam denagn idea barat.
- Memutuskan hubungan antara negara-negara Islam dan umatnya dengan memburuk-burukkan gambaran Islam sebagai agama pengganas serta menimbulkan permusuhan antara negara Islam.
- Melemahkan Bahasa Arab dengan menyebarkan kepada umat Islam bahawa ia adalah bahasa yang sukar dipelajari.
- Menyebarkan penggunaan Bahasa Arab ’ammi di kalangan penuntut universiti dan pensyarah universiti.
- Meragukan tentang hadis Rasulullah s.a.w termasuk menyerang peribadi sahabat dan para perawi hadis.
- Memuji kehebatan Barat dan pada masa yang sama menghina Islam.
- Menyebarkan fitnah dan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, isteri baginda dan para sahabat.
- Menganjurkan dialog dan perdebatan antara Muslim dengan Muslim sehingga menyebabkan permusuhan.
- Memperlekeh pelajaran Islam dan mengatakan bahawa pelajaran ini sukar untuk berkembang. Pada masa yang sama mereka memandang hebat pada pelajaran sekular kerana ia adalah ilmu yang membawa kemajuan.
- Menyebarkan semangat nationalisme sesama bangsa tanpa menghiraukan umat Islam lain yang berlainan bangsa.
- Memburukkan para ulama’ Islam yang ikhlas membina umat Islam dan hukum Allah Ta’ala dengan fitnah bahawa mereka adalah penghasut dan pengganas.
- Membantu golongan munafiq, sekularis dan nationalis menjayakan misi mereka.
- Antara cara yang paling bahaya ialah dengan mengatakan undang-undang al-Quran dan Syariah Islam adalah undang-undang yang zalim. Oleh itu, undang-undang ini perlulah digantikan dengan undang-undang Britain. Cara ini menyebabkan negara-negara Islam memerintah negara dengan menggunakan undang-undang Barat. Pada asalnya umat Islam menjadikan hukum Allah sebagai rujukan, namun penggunaan undang-undang kuffar menjadikan hukum Britain dan Perancis menjadi rujukan. Ternyata cara ini telah berjaya mempengaruhi dan diterima baik oleh umat Islam bagi menyatakan bahawa undang-undang kuffar adalah yang terbaik.
- Akhirnya, antara peranan yang tidak boleh dilupakan ialah fungsi gerakan Freemason dan Missionary di dalam menumbangkan akidah, keperibadian dan fikrah umat Islam.
Serangan dalam bentuk nafsu dan syahwat bermaksud: Menguasai umat Islam supaya menjadi hamba kepada hawa nafsu dan syaitan manusia. Syaitan manusia di sini ialah hamba kepada Yahudi, Nasrani, Komunis atau apa sahaja fahaman yang bertuhankan nafsu. Cinta kepada nafsu di sini bermaksud cintakan dunia dan benci pada kematian.
Musuh Islam sedaya upaya merosakkan umat Islam dari segala sudut tanpa belas kasihan. Inilah yang telah dilakukan oleh Iblis terhadap Nabi Adam a.s dan isteri baginda Hawa yang menyebabkan mereka berdua diusir dari syurga. Allah Ta’ala telah berpesan di dalam al-Quran:
Ertinya: Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu (Adam dan Hawa) dari syurga, ia menanggalkan dari kedua-duanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya kami Telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Surah al-A’raff: 27)
Telah berkata Zweimer, iaitu salah seorang daripada pemimpin mereka kepada penggerak-penggerak dakyah: Yang menjadi fokus utama anda semua ialah mengeluarkan generasi umat Islam daripada mempunyai hubungan dengan Allah kepada generasi yang hidup untuk nafsu dan bekerja untuk nafsu.
Antara usaha yang mereka lakukan ialah:
- Menyeru kepada umat Islam supaya meninggalkan keimanan kepada perkara ghaib dengan beralih kepada perkara realiti serta dapat disentuh oleh pancaindera.
- Menggalakkan hubungan sesama manusia dengan apa jua cara sekalipun demi mendapatkan manfaat. Bagi mereka: Matlamat yang hendak dicapai, boleh menggunakan apa sahaja cara. Dengan kata lain kaedah terpakai adalah mengikut prinsip Machiavalli iaitu matlamat menghalalkan cara.
- Merebut segala peluang yang ada bagi memenuhi nafsu dan keperluan untuk menjalani kehidupan sebelum datangnya kematian. Kematian bagi mereka hanyalah menjadi tanah semata-mata tanpa pembalasan amal.
- Menjadikan kehidupan orang Barat sebagai contoh terbaik yang mesti diikuti oleh orang Islam. Pengaruh ini menjadikan orang Islam mengambil kehidupan Barat sebagai teladan yang baik.
- Menonjolkan keluarga Islam adalah keluarga yang rosak akhlak dengan memberi galakan percampuran antara anak-anak perempuan dengan lelaki.
- Menyebarkan teori dan pandangan Barat serta Yahudi dalam semua disiplin dan bidang ilmu seperti Teori Darwin, Sigmund Freud, Karl Marx dan lain-lain lagi. Semua pemikiran ini membawa kepada kesesatan dan kekufuran.
- Memerangi hijab Islam yang menutupi aurat wanita dan memelihara agamanya serta menjaga kemuliaannya dengan mendakwa hijab ini adalah pakaian padang pasir.
- Memerangi sistem kekeluargaan Islam seperti perkahwinan, talak, harta warisan, kewajipan menutup aurat dan kedudukan wanita dengan menggambarkan sistem ini adalah sistem yang mundur, zalim dan menekan.
- Meletakkan peraturan dan perundangan keluarga Barat sebagai rujukan serta pengganti kepada sistem kekeluargaan Islam bagi menyekat pelaksanaan hukum-hakam kekeluargaan Islam.
- Menggalakkan pemuda dan pemudi Islam untuk melanjutkan pelajaran ke negara Barat bagi mempengaruhi fikiran dan akhlak mereka dengan melihat cara hidup masyarakat barat.
- Mengambil golongan munafiq dan kafir dalam menguruskan hal ehwal pemuda dan pemudi Islam.
- Menggalakkan arak sebagai perhiasan dalam majlis-majlis kenamaan dan lambang kemegahan yang menyebabkan rosaknya sistem kekeluargaan.
- Menyebarkan dadah dan sistem judi dengan tujuan membentuk umat yang lemah dan rosak.
- Riba (bank interests) disebarkan dan meyakinkan manusia tentang faedah yang bakal didapati dengan menyatakan bahawa sistem riba adalah sistem yang terbaik berbanding sistem ekonomi Islam.
- Menayangkan filem atau rancangan televisyen yang memaparkan jenayah, seks dan harta sehingga memberi kesan kepada jiwa umat Islam sekaligus membentuk umat yang menjadi hamba kepada perkara tersebut.
- Menghalang pelaksanaan syariat Islam di dalam sistem masyarakat, ekonomi, politik, akhlak, muamalah sesama manusia bahkan memerangi sistem jenayah Islam.
- Mempromosikan peranan model, pertandingan ratu cantik dan rekaan fesyen dengan menayangkannya di negara-negara Islam.
- Menyebarkan budaya Eropah di kalangan umat Islam seperti pergaulan remaja, percampuran lelaki dan perempuan, dan budaya tidak menghormati ibu bapa.
Serangan ini bermaksud: Apabila musuh Islam telah berjaya meragu-ragukan umat Islam tentang agamanya dan menyuburkan rasa cinta kepada dunia, mereka sekaligus memberi ancaman bagi menimbulkan perasaan takut dalam jiwa dan sanubari umat Islam dengan ancaman mati, kelaparan, kemiskinan dan apa sahaja sehinggalah umat Islam meninggalkan agamanya serta tunduk patuh terhadap segala kemahuan kekufuran.Antara ancaman yang digunakan ialah:
- Ancaman akan diserang dengan kekuatan askar dan tentera bagi menjajah negara Islam sekiranya ingkar terhadap kehendak mereka. Contoh yang berlaku seperti di Kashmir, Palestin, Somalia dan lain-lain lagi.
- Ancaman ditangkap dan dipenjara kepada pejuang-pejuang Islam yang ikhlas membangunkan semula umat Islam, bermula daripada pemimpin Islam hinggalah ke peringkat orang awam. Contoh yang berlaku seperti di penjara Serbia, India dan Tunisia yang mana terdapat lebih 50,000 pendakwah dan pejuang yang telah dipenjarakan. Begitu juga di Syria ratusan ribu telah dipenjara dan dibunuh di bawah pemerintahan Al-Nasiri.
- Ancaman pemulauan (boycott) ekonomi. Masalah kelaparan dan kemiskinan terdapat secara meluas di negara Arab dan Islam. Makanan utama negara Arab adalah gandum. Gandum ini dibekalkan oleh negara-negara Barat. Sumber makanan ini akan disalurkan kepada negara Islam dengan syarat tidak menjadikan Islam sebagai perundangan negara.
- Ancaman bunuh seperti yang berlaku di Mesir ketika pembunuhan al-Imam Hasan al-Banna dan di Amerika ketika pembunuhan Prof. Ismail al-Faruqi.
- Menakutkan orang Islam dengan mempamerkan kepada mereka alat senjata yang moden dan canggih. Selain itu, media massa berfungsi untuk menyampaikan maklumat tentang kehebatan mereka kepada masyarakat dunia sehinggalah timbul perasaan inferior umat Islam terhadap kekuatan tentera musuh. Kekuatan ketenteraan ini tidak diberi kepada umat Islam kerana pihak musuh khuatir tentera Islam akan menggunakannya dalam perang Jihad.
Kesimpulan
- Umat Islam wajib berubah memahami Islam secara menyeluruh.
- Umat Islam tidak boleh leka dan lalai dengan serangan psikologi yang dibuat oleh pihak musuh.
- Pertembungan antara Iman dan Kufur berterusan sehinggalah Islam dipanggil untuk melaksanakan fungsinya semula.
- Para pemuda dan remaja Islam tidak boleh terperangkap dengan tipuan dan hasutan musuh Islam.
- Musuh Islam akan terus berusaha tanpa jemu dan malas untuk merosakkan akidah umat Islam.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar