PPC Iklan Blogger Indonesia

Minggu, 13 November 2011

Mengenal gejala kanser tulang belakang


Mengenal Gejala Kanser Tulang Belakang.

1. Rasa ngilu/nyeri pada leher atau punggung secara terus menerus.Biasanya terjadi hanya di daerah belakang namun boleh menyebar ke anggota badan lain bergantung pada lokasi pertumbuhan abnormalnya.Jika hanya menyebabkan peradangan, rasa sakit akan dirasakan pada bahagian belakang.Jika kanser menekan saraf pusat maka rasa sakit akan dirasakan di bahagian badan yang lain.

2. Kelemahan. Kanser menekan saraf mengakibatkan gangguan pada impuls. Lebih parah apabila berlaku peradangan besar pada belakang, ota k tidak mampu berkomunikasi dengan baik dengan kaki atau tangan.

3. Kepekaan berkurang.Jika kanser menyerang sumsum tulang belakang iaitu pada saraf pusat, maka ini sangat mempengaruhi kepekaan deria sentuhan.Penderita tidak dapat mengesan rasa panas atau sejuk dengan deria sentuhan kerana otak tidak berkomunikasi dengan anggota tubuh secara sempurna.

4. Inkontinensia. Mirip dengan kelemahan.Masalah pada system metabolism.Hilang pengawalan terhadap pundi kencing/kandung kemih dan usus, akibat tekanan pada saraf tertentu pada tulang belakang.
5. Kelumpuhan.Bergantung pada tahap kanser yang dihidapi. Seiring dengan pertumbuhan kanser.Ukuran dan lokasi pertumbuhan mempengaruhi bahagian kelumpuhan anggota badan. Boleh terjadi sehingga titik saraf putus.

Kanser tulang belakang yang paling banyak ditemui adalah jenis Metastasis. Berasal dari bahagian lain tubuh lalu menyebar ke bahagian sum-sum tulang belakang.
Kanser tulang belakang dapat menyebabkan sel-sel sihat tulang si penderita hancur. Tumor yang tumbuh akan menyerang sel tulang belakang dan memusnahkan sum-sum tulang belakang.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

morzing.com dunia humor dan amazing!